04 December 2012

555 : Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism International Show (MAHA 2012) - Part II

Selepas menghadiri aktiviti makan durian tempoh hari, aku bersama sahabat2 baik ku terus ke MAHA 2012 di Serdang. Tak puas rasanya pergi tempoh hari kerana tidak berpeluang melawat ke tapak2 pamerannya terutama ke Laman Ternak, pasal nak tgk anak kambing, hehehe. Kami bernasib baik kerana ada seorang sahabat yang bertugas dengan pihak penganjur, maka kami telah mendapat pelekat kenderaan 'official' yang membolehkan kami membawa dan memakir kenderaan di mana2 saja dalam kawasan MAEPS itu. Tak perlulah berjalan jauh. Tak perlu lah naik tram dan bas yang sentiasa penuh dengan pengunjung.

Puaslah hati dapat melawat ladang ternak dan melihat pameran kucing, kuda, lembu, ayam, arnab dan sebagainya. Dan yang paling best dapat bermain2 dengan anak2 kambing yang sangat kuit. Rasa nak kidnap bawak balik jer...

 Pelekat kenderaan yang membolehkan kami membawa dan memakir kenderaan di mana2 saja sesuka hati kami.

 Apollo Melon, first time dengan nama buah ni. Sedap, manis, crunchy. Nyam3... RM3 sebiji, tapi berbaloi

Tiba2 teringan nak beli pokok bunga mawar. Mawar merah pilihanku 

Pagi ni bunga telah kembang mekar mewangi... hehehehe... 

Ini lah pokok bunga mawar yang aku beli. InsyaAllah, ade rezeki nak beli lagi. Beli dengan harga RM15 sepokok.


~Salam Sayang~

12 comments:

  1. Replies
    1. insyaAllah.. baru nak berjinak2 tanam pokok bunga ni..

      Delete
    2. tanam bunga boleh mendatangkan ketenangan.

      Delete
    3. betul tu... nnt nak beli lagi banyak, klu ade rezeki. insyaAllah

      Delete
  2. Salam,

    Mama tak de pelekat khas, tapi ok3 saja sbb dtg pagi.
    Tak sangka suka kat mawar kan. Mama pun ada ambek gambar mawar ni.
    Beli apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam mama

      sy pergi dah petang. orang ramai, nak naek tram ngan bas pon terpaksa berebut2. so kami drive jer dari satu tempat ke satu tempat laen. ade sticker bole parking mana2.. hehehe

      ntah la, tibe2 minat nak beli plak. beli sebatang jer, baru nak cube2...

      Delete
  3. Salam piz.. naper beli pokok mawar yg bunga nyer dah kembang sangat.. nanti jap jerk dia layu.. dan gugur.. kalau beli yg masih kuntum yg nak berkembang skit tu leh la nampak lama skit.. tapi kalau piz pandai jaga dia akan berbunga selalu.. kena letak baja bunga.. cam cinta gak kena baja barula berbunga2.. Hee.. tapi Manjer tak suka bunga mawar sebab berduri.. Kih kih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam manjer..

      pokok yg saya beli tu ade dua kuntum, satu kembang satu lagi masih putik. pagi ni tgk dua2 dah kembang. heheheh... itu lah, dah tau sikit dah cara2 nak jaga pokok bunga mawar ni. insyaAllah, klu menjadi nak beli lagi...

      bunga mawar berduri sebab dia cantik, supaya dia dpt protect diri dia sendiri dari gangguan

      Delete
    2. salam piz.. camner bunga hari ni? masih mekar atau dah berguguran.. :)

      Delete
    3. waalaikumsalam manjer

      masih segar lagi. esok lusa mungkin akan mula gugur lah kelopak nye

      Delete
  4. salam afeez

    suka kat statment "Dan yang paling best dapat bermain2 dengan anak2 kambing yang sangat kuit"

    kuit tu apa afeez

    ReplyDelete
    Replies
    1. KUIT tu bahasa manja untuk KIUT (cute)... kuit tak?

      Delete