Semalam, genap usia blog ini sembilan tahun. Sembilan tahun, aku gigih mencoretkan cerita-ceritaku untuk diri aku sendiri, dengan harapan ia akan menjadi kenangan untuk hari tuaku. Di usia yang sedang dimamah waktu, banyak perkara, banyak kenangan pahit manis cuba meninggalkan benakku ini. Dengan bercerita di dalam blog ini, aku dapat mengenang kembali saat-saat itu.
Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin
Pejam celik pejam celik dah lima belas hari kita berada di bulan Syawal yang mulia ini. Ramai yang masih lagi berhari raya dan saling kunjung mengunjung. Selagi tak habis bulan Syawal, selagi tu lah orang masih sibuk beraya. Bagi aku, hari raya cuma sehari sahaja. Masuk hari kedua dan macam tak raya lagi. Sebatang kara macam aku ni, ke mana jer lah aku nak berkunjung, #kesian.
Menjelang 1 Syawal (Jumaat, 23 Jun 2017)
Aku masih lagi di pejabat. Malas nak mengambil cuti memandangkan Hari Raya akan jatuh pada hari Ahad nanti dan selepas raya nanti aku akan bercuti selama seminggu. Maka aku nak simpan sedikit cuti yang masih berbaki untuk aktiviti-aktiviti lain. Kat pejabat hari tu, ramai yang dah bercuti termasuk pegawai-pegawainya. Agak bosan jugaklah nak menunggukan waktu balik. Mood nak wat keje dah lama ke laut, makanya aku hanya wat bodo je sepanjang masa. Disebabkan tahap kebosanan dan sampai ke kepala, aku terus apply half-day untuk hari itu. Pukul 12.15 tengahari aku terus balik ke rumah.
Sebelum sampai di rumah, aku singgah di Tesco Selayang untuk membeli ketupat segera, memandangkan aku telah ditugaskan untuk memasak ketupat tersebut (itu je lah yang aku bole buat). Malangnya, sebesar-besar Tesco tu, cuma ade dua jenama jer. Itu pun jenama yang aku tak pernah dengar, jenama Lazat ngan jenama Nani. Aku nak cari jenama Nona, tak pon Adabi. Memandangkan kedua-dua jenama yang aku cari tu takde, terpaksa lah aku mencari di tempat lain. Mungkin petang nanti aku akan cari lagi. Kecewa dengan kejadian itu, aku terus balik ke rumah.